TOPIK 1 : SEJARAH AWAL NEGARA
Tuesday, September 8, 2015 | 10:20 PM | 0comments
1.0 LATAR
BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
Sejarah
awal negara ini telah pun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu .
Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di tanah melayu ,sabah
dan sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi . Di
malaysia , kewujudan zaman paleolitik dikenal pasti telah berlaku
lebih kurang 35 ribu tahun dahulu . Antara petempatan awal
manusia adalah di kota Tampan , Perak , Gua Niah di Sarawak dan
Tingkayu di Sabah . Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman
Mesolitk , zaman Logam hingga zaman proto sejarah memperlihatkan
pembangunan tamadun yang pesat di tanah air sejak sebelum sebelum
masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama . Perkembangan ini terus
berlaku pada abad- abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan
kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha ,
Hindu dan kemudiannya Islam .
1.1
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
v
KERAJAAN
MELAKA
Parameswara
mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat
Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera
baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad
Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau
diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja
Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan,
orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan
dimakamkan dengan gelaran"SultanAbuSyahid".
Kekanda
Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada
tahun1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456)
menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan
Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar
penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa
pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan
pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi
telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari
Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang
diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya
menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat
dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu
Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran
"Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan
merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di
Kepulauan Melayu
Sultan Melaka
|
Tempoh memerintah
|
1400 – 1414
|
|
1414 – 1424
|
|
1424 – 1444
|
|
1444 – 1446
|
|
1446 – 1456
|
|
1456 – 1477
|
|
1477 – 1488
|
|
1488 – 1511
|
v
KERAJAAN
JOHOR
Sejarah
Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu
petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan
itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga
pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi
pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai
oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka
ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.
Kesultanan
Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan
Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah
oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari sungai
Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu
Pahat,Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung
Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga,
Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.
Pada
tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan
Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan
seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
1.3 PENGASASAN
KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU LAIN
v
PERAK
Petempatan
di Perak telah terbukti dengan penemuan pelbagai artifak daripada kajian
arkeologi di kawasan-kawasan seperti Kota Tampan dan Gua Badak di Lenggong , Gua Kerbau di Sungai Siput dan Gunung Churau di Ipoh .
Terdapat
juga catatan dalam sulalatus salatin tentang kewujudan kerajaan tua di Perak
seperti beruas dan dinding . perak juga pernah disebut sebagai sebuah negeri
bernama ‘gangga Negara ‘ yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 di
kawasan Beruas atau Manjung , Perak .
v
PAHANG
Pahang
Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Penulis Cina menggelarnya sebagai
Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang, dan lain-lain.
Di dalam buku yang berjudul Chu-Fan-Chi yang diterbitkan pada 1225,
Choa Ju-Kua mengatakan bahawa antara negeri yang diserang oleh San-Fo-Chi ialah
sebuah negeri yang digelar Peng-Keng, iaitu Pahang. Rekod yang lain termasuklah
buku yang ditulis oleh Fei Shin (1436), dan buku Nagarakertagama yang ditulis
oleh Mpu Prapanca (1365).
Pada
zaman itu, orang Arab dan orang Eropah menggelar Pahang sebagai Pam, Pan,
Phang, Paam, Poa, Paon, Phamm, Paham, Fanhan, Phang, dan Pahagh. Ahli sejarah
G.R Tibbets yang mengulas tentang sebuah cerita yang ditulis oleh Al-Masudi,
ahli sejarah dan ahli geografi Arab yang juga dikenali sebagai "Herodotus
Arab", mempercayai bahawa Fanjab yang disebut di dalam buku itu ialah
Pahang. Bagaimanapun, dia berpendapat bahawa nama Fanhan atau Panghang/Panhang
adalah lebih tepat, berbanding dengan Fanjab.
Sesetengah
orang mengatakan bahawa nama 'Pahang' berasal daripada salah satu bahasa orang
asli Thailand yang membawa pengertian 'bijih'. Orang asli tersebut tinggal di
kawasan ini dan membuka banyak kawasan pelombongan, khususnya di SungaiLembing.Sebaliknya,
menurut sebuah cerita Melayu yang lama, sebatang pokok 'mahang'
raksasa yang tumbuh berhampiranSungai Pahang jatuh menyeberangi
sungai itu dan justera, nama negeri itu dilahirkan.
Pada
zaman itu, Pahang juga dikenali sebagai 'Inderapura' atau 'Pahang Inderapura',
dengan Pekan, bandar diraja yang terkenal untuk Pahang dan pada suatu
ketika, juga untuk Kesultanan Melaka, dikenali sebagai 'Pura'.Ahli
arkeologi telah melakukan banyak penyelidikan dan kerja ekskavasi di beberapa
tempat di Pahang. Tapak arkeologi yang popular termasuklah gua, gunung, tebing
sungai, dan kawasan pelombongan yang lama, serta sebilangan ruang terbuka. Antara artifak yang ditemui ialah alat batu, tembikar,
dan alat gangsa, serta alat besi.
Tapak arkeologi yang terkenal di Pahang termasuk :
·
Kota
Tongkat, Kota Gelanggi (berhampiran Jerantut),
·
Tersang (Kuala
Lipis), Nyong, Kampung Batu
·
Pasir
Garam, dan Kampung Pagi
·
(titik
pertemuanSungai Tembeling dengan Sungai Pahang)
·
Gua
Kecil (Raub)
·
Gunung
Senyum, Bukit Chintamanis (Karak)
·
Gunung
Tongkat, Gunung Kecil, Gunung Bama
Banyak alat pertanian telah ditemui di bawah tanah, termasuklah kepala
lembing, pisau, sabit, cangkul, dan alat besi lain yang luar biasa. Artifak itu
ditemui di sebilangan tempat, termasuk tebing Sungai Lembing,Teluk Lubuk Puai, dan Bukit Jong (di tebing Sungai Lipis). Ahli arkeologi
mempercayai bahawa alat itu dibuat oleh orang dari Zaman Batuterakhir,
iaitu Zaman Neolitik.
v
NEGERI
SEMBLAN
Nama
Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan
negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah
Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang
kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang
kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang
kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini
menjadi sebahagian daripadaSelangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil
berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.
v
SELANGOR
Selepas
kemangkatan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau pertama (I) iaitu Paduka Sri Sultan
Alauddin Ri’ayat Shah Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga pada tahun 1728,
ataupun lebih dikenali dengan gelaran Daeng Merewah. Maka Baginda Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah telah melantik Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu
Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua (II)
bagi mengantikan kekandanya.
Bagaimana
lazimnya tanggungjawab dan peranan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau adalah
menjaga dan mengawal wilayah-wilayah dibawah naungan Empayar Kerajaan
Johor-Riau. Sekitar tahun 1730-an, seorang Bugis yang bernama Daeng Mateko
telah berbaik dengan Raja Kecil dari Siak telah mengacau ketenteraman di
Selangor; Ini membuatkan Paduka Sri Raja Chelak datang ke Kuala Selangor dengan
angkatan perang dari Riau bagi mengamankan kekacauan yang tercetus. Didalam
misi ini Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya lari ke Siak. Semenjak
dari itu, Paduka Sri Raja Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala
Selangor bagi memastikan keamanan di Selangor berterusan.
Ketika
Paduka Sri Raja Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon
kepada baginda supaya terus menetap di situ. Namun di tolak oleh baginda walau
bagaimanapun, baginda telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu
Raja Lumu bergelar Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja
Kecil), selepas itu baginda pun pulang ke riau bersama-sama dengan rombongan
anak buah baginda yang telah datang dari riau. Tidak beberapa lama selepas
meletakkan anakanda baginda sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor di Kuala
Selangor maka baginda pun mangkat pada tahun 1745.
Raja
Lumu telah datang ke Kuala Selangor sebagaimana yang telah diperintahkan oleh
ayahandanya pada tahun 1743 sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang
Dipertuan (Raja Kecil), namun baginda tidak mendapat perkenan dari Datuk Engku
Klang selaku pemimpin utama di antara empat orang datuk yang menjaga
wilayah-wilayah di dalam Selangor namun akur dikala Raja Lumu mendapat
pengintirafan dari Paduka Seri Sultan Perak yang mewarisi Kedaulatan Empayar
Kesultanan Melaka. Datuk Engku Klang merupakan anakanda Sultan Johor bersama
Puteri Mayang Selida puteri kepada Datuk Melingkar Seri Alam yang merupakan
wakil yang dilantik oleh Sultan Johor untuk menjaga wilayah Klang.
Sila rujuk lampiran salasilah Datuk Engku Klang :-
Empat orang
datuk yang lebih dikenali dengan nama
Dato Empat Suku adalah seperti yang di nyatakan :
·
- · Kuala Selangor ditadbir oleh Datuk Penggawa, Langat oleh Datuk Aru, Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Klang dan Klang pula ditadbir oleh Datuk Kecil Yang Tujuh (Anak Encik Kuning) yang menggelar dirinya Orang Kaya Klang dan Datuk Engku Klang, selaku pemimpin utama ketika itu namun mereka mempunyai tanggungjawab yang sama. Setelah empat keturunan dari Datuk Engku Klang iaitu di zaman Datuk Engku Naga Menghulur, ketika inilah orang rakyat berkehendakkan seorang raja sebagai Payung.
- · Oleh kerana ketika itu Selangor berada dalam pengaruh Bugis, maka keempat-empat Datuk pun bermuafakat dam telah memutuskan untuk menjemput seorang raja sebagai penaung dikalangan anak Raja Bugis.
- · Datuk berempat telah sepakat untuk meletakkan anak Raja Gowa yang bernama Arung Pasarai dalam tahun 1700 dengan ditabal oleh Datuk Engku Klang dan menyerahkan mohor sebagai Yam Tuan Besar Selangor. Arung Pasai mangkat pada tahun 1723, kemudian digantikan oleh adindanya yang bernama Raja Siti, Raja Siti mangkat dalam tahun 1743 tidak meninggalkan seorang zuriat pun.
- · Kerana inilah Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua iaitu Paduka Sri Raja Chelak Ibni Daing Rilaga melantik anakandanya yang bernama Raja Lumu sebagai Yang Dipertuan Raja Kecil Jajahan Selangor agar dapat mengisi kekosongan Yam Tuan Besar Selangor.
- · Mungkinkah Raja Siti adalah Upu Chendera Burung Kerana kerana dari sumber lisan menyatakan bahawa Kuala Selangor telah didiami oleh orang-orang bugis dan di ketuai oleh pemimpin perempuan yang bernama Upu Chendera Burung dan selepas kemangkatan Upu Chendera Burung Kuala Selangor barulah Daeng Mateko membuat kekacauan Kuala Selangor. Berita yang mengatakan Raja Lumu anakanda Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Dipertuan (Raja Kecil) telah sampai ke pengetahuan Paduka Seri Sultan Perak.
- · Maka Paduka Seri Sultan Muhammad Shah Ibni telah menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu berangkat ke Kuala Bernam sebagai tempat pertemuan. Sejurus tiba Raja Lumu, telah di sambut dengan penuh adat istiadat kebesaran menyambut Raja-Raja Berdaulat dengan tiupan nefiri dan pukulan nobat, ianya tujuan untuk mengujian keluhuran daulat seseorang Raja sama ada ia benar-benar benih anak Raja Berdaulat ataupun sebaliknya.
- · Setelah semua ujian tidak mendatangkan apa-apa musibah kepada Raja Lumu, maka Paduka Seri Sultan Perak pun mengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor. Faktor yang memungkinkan Paduka Seri Sultan Muhammad Shah memperkukuhkan kedudukan Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor adalah kerana membalas jasa Raja Lumu yang pernah membantu baginda ketika krisis perebutan takhta ketika baginda menjadi Yang Di-Pertuan Muda.
- · Dalam tahun 1743 muncul seorang Raja Bugis bernama Daing Selili bergelar “Haji Besar” dilantik sebagai Mufti Negeri Perak, kemudian di gelar Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya oleh Paduka Seri Sultan Sultan Mudzaffar Shah III yang merupakan Orang Besar Perak, Daing Selili telah membawa Daing Hasanah yang kononnya dikatakan Lanun di Pulau Sembilan untuk menyerahkan diri dan bertuankan Paduka Seri Sultan Perak, maka Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III telah melantik Daing Hasanah Sebagai Orang Besar Negeri dan bergelar Laksamana Raja Mahkota.
- · Kisah berhubung aharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota tidak dapat di jelaskan di ruangan ini kerna ianya melibatkan perihal negeri Perak namun mereka jua bukan nya orang lain dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Raja Lumu.
- · Berkemungkinan besar Raja Lumu mendapat pengiktiraf sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor atas pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja Lumu jua.
- · Ini kerana takkan mungkin Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III dengan mudah mengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor yang melepaskan Selangor sebagai salah satu Negeri yang bebas dari takluk Johor dan mana mungkin Raja Lumu yang pernah menyerang orang-orang baginda ketika krisis perebutan takhta diantara baginda dengan adindanya yakni Yang Di-Pertuan Muda Raja hingga memungkinkan Kesultanan Perak berpecah menjadi dua ianya berlaku sekitar tahun 1742-1743.
- · Dari Pachat hingga ke Ulu (Utara) di bawah perintah Paduka Seri Sultan Mudzaffar Shah III yang bersemayam di Kuala Kangsar dan dari Pachat ke hilir hingga ke Kuala Perak di bawah perintah Paduka Seri Sultan Muhamad Shah yang bersemayam di Pulau Tiga.
- · Berhubung pengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor terlalu banyak versi namun dapatlah dinyatakan bahawa Raja Lumu di iktiraf dan di nobatkan oleh Paduka Seri Sultan Perak sekitar tahun 1743 atas jasa yang pernah diluhurkan dan pengaruh Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta’ Bertanya dan Laksamana Raja Mahkota yang merupakan saudara Raja Lumu jua. Hakikatnya Kesultanan Selangor telah terbina pada tahun 1743 dan Nobat di terima pada tahun 1765 sebagai tanda, Selangor Bebas di bawah Empayar Kesultanan Johor – Melaka. Telah menjadi tradisi dilantik kemudian ditabal kemudian.
- · Fakta-fakta dari lain-lain sumber Menurut Pejabat Sultan Perak : Sultan Mahmud Shah memerintah Perak dari tahun 1765-1773. Waktu pemerintahan Baginda, orang-orang Belanda masih menjalankan perniagaan membeli bijih timah di gudang atau loji Belanda di Tanjung Putus. Raja Haji, panglima Bugis yang masyhur dari Riau bersama kekandanya Raja Lumu, Raja Selangor telah datang ke Negeri Perak dalam tahun 1770. Raja Lumu telah beisterikan Puteri di-Raja Perak lalu dinobatkan dan digelar oleh Sultan Mahmud Shah dengan nama Sultan Sallehuddin Shah. Apabila Sultan Sallehuddin Shah berangkat balik ke Negeri Selangor, Baginda ditabalkan pula di hadapan rakyat Selangor dengan membunyikan nobat. Waktu itu Negeri Perak dan Selangor merupakan sahabat baik.
- · Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang Di-Pertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang Di-Pertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak. Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat.
- · Tetapi Sejarah Melayu V ditulis oleh Buyong Adil dalam The Malay School Series 1952 menyebut Sultan Selangor itu memerintah dalam tahun 1743-1770. Ketika itu baginda berangkat ke Perak dan dinobatkan oleh Sultan Perak bergelar Sultan Salehuddin
- · Begitu juga dalam sebuah buku cenderamata Selangor 1939 yang bertulis dalam tulisan jawi, diruangan salahsila Sultan Selangor bertulis Sultan Salehuddin memerintah dalam tahun 1743.
- · Mengikut buku Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan bin Raja Ab. Hamid, semasa Perak diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Raja Selangor datang mengadap ke Perak. Ketika ini Raja Selangor dinobatkan dan terus dikurniakan gelaran Sultan Salehuddin dengan mengurniakan cap mohor.
v
TERENGGANU
Sejarah
Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan
mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada
tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.
"Negarakartagama",
tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa
Terengganu, Paka dan Dungun di bawah
taklukan Majapahit. Berdasarkan
bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang
dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ
sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula
catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat
pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.
Terengganu
kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor.
Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor,Laksamana dan Paduka Megat Seri
Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan
pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun
Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan
Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik
Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.
Pengasas
Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang
juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana"
ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat
al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan
Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas perintah Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah Johor. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun
Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra
Chau Yang(Raja Perempuan Mas Cayam), Raja Pattani.
Mengikut
hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah
Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu
disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin
dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani,
Phra Nang Chau Yang.
Tun
Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini
berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan
Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal
Abidin I tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah
ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis.
Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga,Kuala Terengganu dan akhirnya di
kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).Sultan
Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan
gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun.
Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739,
Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan
Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu,
Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746–1760) daripada masa
pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara
orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu
pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu
Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan
menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.
Sultan
Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada
masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin
oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan
seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu.
Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan,
termasuknya Baginda Omar.
Baginda
Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada
tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan
daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan
Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad.
Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan
seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda,
Terengganu berkembang maju.
Apabila
Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad
Shah II (1876–1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda,
Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan
baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan
Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan
"Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara
lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan
dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta
kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918–1920) dan Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).
Walau
bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri
Bagi Negeri Terengganu" 1911.Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail
diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945.
Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran
"Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik
sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21
September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu,
Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu.
Apabila
Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan
Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang
Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu
dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat
pada 15 Mei 1998 diSingapura. Dengan itu, takhta kerajaan
Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin .
v
KEDAH
Perkembangan
sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di
Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya
yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah,
sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau
landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke
selatan dan seterusnya ke kepulauanAsia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian
tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah
memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara
dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab
di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran
laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu
pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan
bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat
pertukaran dagangan mereka.
Dilihat
dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa
keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan
keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang
merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah
banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota
Star dan Baling.
Apa yang
lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di
persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar
yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri
Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai
timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 :
xxvi ; Braddle 1980 ).Keseluruhan
faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan
sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia
amnya.Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu
negeri iaitu sejak masa Sri Sangrama Vijayatunggavarmanyang kemudian
ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat
Tanjore. Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan
oleh Merong Maha Wangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.
v
KELANTAN
Negeri Kelantan yang
mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah
persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di
Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Ku Umar.
Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada
manakah asalnya Raja Ku Umar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Ku Umar telah
menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam
tahun 1412M, baginda Raja Ku Umar telah menerima persembahan balas berupa
kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.
Selepas
pemerintahan Raja Ku Umar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga
1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur.
Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur
sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud
Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk
menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan
peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan
Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda
kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).
Apabila
Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan
menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja
Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu
Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran
Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja,
iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda
berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.
Baginda
Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan
oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja
Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan
Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung
Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala
Krai.
Pemerintahan
Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan
banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk
juga orang-orang Arab yang
menggelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti".
Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri
Kelantan.
Semasa
dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan
berpusat di Jembal, di bawah pemerintahanRaja Sakti 1638M
(1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah
ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua
orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sewaktu masih
kecil dan seorang puteri bernama Puteri
Saadong.
Hubungan
baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan
Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan
mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.
Puteri
Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung
Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu
telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri
Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya,
dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang
Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Puteri
Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan
dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda
tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke
Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu
Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.
Selepas
kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu
saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan
dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu
Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat
dikesan lagi.Kemudian,
Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang
Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula
Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar
yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).
Raja
Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong
Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung,
Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah
Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi
Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda
Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan
Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahandanya dan berkahwin dengan Raja
Pah Puteri Sultan Omar dan bersemayam di Sening dekat Jembal.
Long
Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani
bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang
puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman
putera Tuan Senik Geting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah
berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan
Long Sulaiman. Berikutnya Long Pandak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik
menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja
Muda.
Kemudiannya
pada 1758M, Long Pandak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas
dendam terhadap perbuatan Long Pandak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu
adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota
Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan
antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dan Penghulu Umar
Kampung Laut dengan Long Yunus yang dibantu oleh Long Gafar seorang putera
kepada Raja Reman di Hulu Perak, Mandor Mis dan Penghulu Adas(ipar Mandor
Mis).
Dalam
peperangan pada 1762M, Pihak sebelah Long Muhammad dan Long Deraman telah
tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi
mengenang jasa yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah
melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri dengan diberi gelaran Engku Sri
Maharaja Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Mandor Mis dilantik Penghulu Menteri@bendahari dengan diberi gelaran Dato' Maharaja
Wangsa serta diberi kuasa berbuat dan memerintah Kampung yang sekarang dipangil
Kampung Lundang, Penghulu Adas diberi kuasa berbuat Kampung serta dilantik
menjadi Penghulu Kampung tersebut yang sekarang dipangil Kampung Kaduk. Baginda
Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan negeri Kelantan yang
banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.






