TOPIK 1.2 : PROSES KEMERDEKAAN
Tuesday, September 8, 2015 | 10:22 PM | 0comments
1.2 PERJUANGAN KEMERDEKAAN
DASAR
PENYATUAN
British
sudah merancang membentuk Liga Malaya atau Kesatuan sejak tahun 1930-an. Bahkan
kalau dilihat dasar desentralisasi yang merupakan langkah pertama untuk memujuk
negeri-negeri di luar Negeri-negeri Melayu Bersekutu dijalankan sejak tahun
1990. penaklukan jepun dilakukan dalam masa yang singkat (bermula 8 Disember
1941- 31 Januari 1942) dan pemerintahannya (Disember 1941-Ogos 1945) telah
mengejutkan pihak British. Penyatuan pentadbiran dianggap satu bentuk
penyelesaian yang munasabah bagi pertahanan Tanah Melayu bagi masa yang akan
datang. British berpendapat untuk mengubah dasar dan sruktur Tanah Melayu
sebelum perang.Rancangan Kesatuan Malaya telah diputuskan oleh Whitehall. Pada
bulan Oktober 1945, kerajaan British menetapkan untuk mengubah tiga dasar utama
sebelum perang :
a. Kedaulatan
raja-raja.
b. Autonomi
negeri-negeri Melayu.
c. Hak
istimewa orang Melayu.
Pejabat perang dan kolonial merancang untuk membina Tanah Melayu
selepas ditakluk semula secara ketenteraan. Dan selepas itu, pentadbiran Tanah
Melayu akan diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Pemerintahan tentera
dianggap masa yang sesuai untuk memaksa dasar-dasar British ke atas Tanah
Melayu. Bagi merancang langkah-langkah yang perlu diambil, kerajaan British
menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai MPU (Malayan Planning Unit).
RANCANGAN
MASA PERANG
MPU
ditubuhkan pada pertengahan tahun1943 dan diletakkan di bawah Jabatan Timur
Jauh Pejabat Tanah Jajahan yang diketuai oleh Edward Gent. MPU diketuai oleh
Jeneral Ralph Hone. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam unit ini antaranya
Mckerron, H.C.Willan, Brigadier A.T Newboult, Kolonel E.V.G. Day dan kolonel
M.C Hay.
Manakala
Victor Purcell diberi tugas untuk meneliti hal ehwal orang cina. MPU
meminta pandangan daripada bekas-bekas pegawai tadbirnya bagi membantu
penyusunan pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan. Ramai antara mereka
yang menghantar memorendum kepada MPU.
Pada
peringkat awal , British berpendapat Negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat
(kecuali Singapura) dan Borneo British perlu disatukan manakala Singapura
diberi status khas. Bagaimanapun menjelang bulan Mac,1943, Borneo British
dianggap belum bersedia untuk menyertai kesatuan.Pada bulan Mei 1944 kabinet
perang British bersetuju untuk mengubah perlembagaan dan sistem pentadbiran
Tanah Melayu sebelum perang.
Matlamatnya
untuk mencapai keberkesanan permerintahan dan sebagai langkah awal ke arah
pemerintahan demokratik. British juga akan menggalakkan penyatuan kaum dalam
pemerintahan sebagai langkah awal berkerajaan sendiri. Ralph Hone berpendapat
sebelum perlembagaan Malayan Union diperkenalkan, satu perjanjian baru dengan
sultan-sultan diperlukan. Masa yang sesuai untuk berunding dengan mengugut
ialah sewaktu pemerintahan tentera.
PENTADBIRAN
TETERA BRITISH (BMA)
Jepun
menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Lord Louis Mountbatten, Pemerintah Tertinggi
Pihak British mempunyai kuasa penuh dalam semua bidang dan bertanggungjawab ke
atas Tanah Melayu. Tanah Melayu diletakkan dibawah BMA (British Military
Administration). Mejar Jeneral Ralph Hone (bekas ketua MPU) dilantik sebagai
ketua Pegawai Hal Ehwal Awam manakala Brigadier H.C. Willan sebagai pembantu.
BMA ditugaskan untuk mengembalikan kekuasaan British, memelihara undang-undang
dan peraturan, mengendalikan sumber manusia dan kebendaan bagi tujuan pemulihan
serta membuat persediaan ke arah pemerintahan awam.Pentadbiran tentera di Tanah
melayu bermula pada bulan September 1945 hingga Mei 1946. Pada asasnya,
pentadbiran ini merupakan organisasi tentera. Walaupun begitu, terdapat juga
penasihat, terdiri daripada orang awam. Sebahagian besar pentadbir-pentadbir
BMA tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan. BMA gagal menangani
masalah yang ditinggalkan oleh kesan peperangan. Antara masalahnya :
a.BMA tidak dapat mengawal tentera-tenteranya
yang bertindak sewenang-wenangnya dan melanggar undang-undang.
yang bertindak sewenang-wenangnya dan melanggar undang-undang.
b.BMA menimbulkan kesulitan rakyat dengan
tindakan segeranya mengumumkan wang Jepun tidak laku. Kesannya rakyat tidak dapat membeli barang keperluan dan memberi tekanan ekonomi kepada rakyat.
c.BMA
gagal mengatasi warisan zaman Jepun seperti pasar gelap, penyeludupan, rasuah dan sebagainya.
d.Pergaduhan
kaum dan balas dendam berlaku secara berleluasa dan BMA gagal
menenteramkan keadaan.
Akibat
pelbagai masalah, BMA menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada bulan April
1946. Langkah ini diharapkan dapat memberi keyakinan baru di Tanah
Melayu.
PERLEMBANGAAN
MALAYAN UNION
Rancangan
Malayan Union dibincangkan secara serius pada peringkat kebinet oleh kerajaan
Parti Buruh pada bulan Julai 1945. Rancangan kerajaan diumumkan pada bulan
Oktober 1945 dan isi kandungannya dikeluarkan pada 1 Januari 1946. Butir-butir
perlembagaan dikeluarkan dalam warta kerajaan “ Kertas Putih 6724” bertarikh 22
Januari 1946.
Menurut
perlembagaan Malayan Union negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka akan
disatukan di bawah satu pentadbiran. British berpendapat kesatuan perlu kerana
sebelum ini tiap-tiap negeri menjalankan pentadbiran membuat undang-undang
sendiri dan sukar untuk menyerahkannya.
Walaupun
pemerintahan dipusatkan kerajaan negeri akan diberi kuasa menguruskan hal ehwal
tempatan tetapi dengan persetujuan pusat.Ketua pentadbiran kerajaan kesatuan
ialah gabenor dengan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan perundangan.
Majlis Eksekutif terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ketua Setiausaha,
Pegawai Negara, Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi ahli yang akan
ditentukan oleh gabenor. Majlis ini juga dianggotai oleh lima orang ahli tidak
rasmi.
Majlis
perundangan mengandungi dua puluh satu orang ahli tidak rasmi , dan ahli rasmi
tidak lebih daripada dua puluh satu orang. Dengan ini ahli tidak rasmi akan
mempunyai majoriti dalam dewan. Ahli-ahli tidak rasmi akan dilantik mewakili
tiga kumpulan kaum utama – (1) melayu (2) Cina dan (3) Eropah, India, Eurasian
dan sebagainya. Setiap komponen akan diwakili oleh tujuh orang ahli.
Negeri-negeri
pula mempunyai Majlis Penasihat yang diketuai oleh sultan. Baginda akan
melantik ahli-ahli majlis, tetapi mesti mendapat pengesahan gabenor. Majlis ini
akan menasihatkan sultan dalam semua perkara berhubung dengan agama Islam dan
adat istiadat melayu. Bagaimanapun hal ini mesti dirujukkan kepada Pesuruhjaya
Residen dan mendapat persetujuan Residen.
Majlis
Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh gabenor dan dianggotai oleh
sultan-sultan akan membincangkan lebih lanjut tentang hal ehwal agama Islam dan
adat istiadat Melayu. Jelas gabenor mempunyai kuasa yang selama ini menjadi hak
istimewa raja-raja .
Tanah Melayu
mungkin akan diberi kemerdekaan dan Malayan Union dianggap langkah pertama ke
arah itu. Kemerdekaan tidak akan diberi selagi kaum-kaum tidak bersatu. Bagi
kepentingan imigran, pemberian kerakyatan dilonggarkan kepada semua bangsa
manakala hak istimewa orang melayu ditarik balik. Kewarganegaraan akan diberi
atas nama Malayan Union. Mereka yang layak mendapat kerakyatan :
A. Mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singpura.
B. Mereka yang menetap selama 10 tahun daripada
15 tahun yang lalu.
15 tahun yang lalu.
C. Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau
Singapura selama 5 tahun.
Singapura selama 5 tahun.
D. Rakyat Btish boleh mendapat kerakyatan
Malayan Union tanpa hilang kerakyatan British.
E. Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
KEDUDUKAN
SULTAN
Sultan yang
naik tahta sebelum perang dan masih memerintah terdiri daripada sultan Johor,
Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Sultan Selangor pada mulanya
disingkirkan oleh pemerintaha Jepun dan digantikan dengan Sultan Musaudin.
Apabila British kembali, Sultan Musaudin dibuang di buang ke Pulau Cocos dan
Sultan Alam Syah dirajakan semula.
Sultan yang
menaiki tahta pada masa pemerintahan Jepun terdiri daripada Sultan Ali
(Terengganu), Raja Syed Hamzah (perlis), Sultan Ibrahim (Kelantan) dan Sultan
Badlisyah (Kedah). Pihak British belum membuat keputusan muktamad tentang
kedudukan sultan-sultan yang dilantik semasa pentadbiran Jepun.
Pihak British
mahu menggunakan keadaan ini bagi memastikan sultan-sultan akan menandatangani
perjanjian baru jika mahu kedudukan bagunda di iktiraf. Orang yang ditugaskan
untuk mendapat tandatangan sultan ialah Sir harold Mcmichael. Sebelum itu,
H.C.Willan ditugaskan untuk bersemuka dengan sultan-sultan bagi mengetahui
reaksi awal.
MISI MAC
MICHAEL
Sir Harold
Mac Michael seorang yang berpengalaman luas dan pernah berkhidmat di Sudan,
Sub, Gabenor Wilayah Darfur, Penolong Setiausaha Awam, Gabenor Tangayika
(1933-1937) dan Pesuruhjaya Tinggi Palestin dan Trans-Jordan (1938-1944).
Mac Michael
tiba di pelabuhan Kelang pada 11 Oktober 1945 dengan kapal H.M.S Royalist.
Beliau diiringi oleh H.T Bourdillon dan A.T. Newboult. MacMichael dipertanggungjawabkan
oleh Pejabat Tanah Jajahan bagi mendapat perjanjian baru dengan
sultan-sultan.
Dengan
perjanjian baru, kedaulatan negeri-negeri Melayu akan diserahkan sepenuhnya
kepada British. Setelah itu, barulah British dapat membentuk perlembagaan
Kesatuan Malaya . Mac Michael memulakan misinya ke Johor. Pada18 Oktober
1945, Sultan Ibrahim yang dianggap oleh British sebagai pro-Jepun telah
bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru. Selepas itu, Mac Michael
menghadap
i.
23 Oktober- Sultan Alam Syah (Selangor)
ii. 31
Oktober- Sultan Abu Bakar (Pahang)
iii. 13 November
– Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman.
(Negeri Sembilan)
iv. 20
November- Sultan Abdul Aziz. (Perak).
v. 2 Disember
– Sultan Badlisyah (Kedah).
vi. Raja
Syed Putera (Perlis)
vii. 17 Disember
– Sultan Ibrahim (Kelantan).
viii. Sultan
ISmail (Terengganu).
Mac Michael
mendapat tentangan daripada beberapa orang sultan terutama Sultan Badlisyah dan
Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman, Negeri Sembilan.
James Allen
berpendapat Malayan Union dirancang kerana sentimen anti-melayu dan sebagai
penghormatan kepada orang cina yang menyokong British semasa perang.
Pandangan ini
disetujui oleh beberapa pengkaji yang beranggapan matlamat Malayan Union ke
arah membentuk nasionalisme dan kesedaran Malaya dimana rakyat berbilang kaum
akan memberi taat setia. Dan tentunya juga rancangan ini kerah menjayakan dasar
dekolonisasi British.
REAKSI BUKAN
MELAYU
Kerajaan
british tidak segera menerbitkan Kertas Putih Malayan Union. Berita tentang
penubuhannya hanya diketahui melalui siaran radio BBC pada hari Selasa 22
Januari. Berita akhbar dikeluarkan oleg Reuter. Apabila Kertas Putih
dikeluarkan tidak banyak akhbar memberi laporan menyeluruh. Bagi akhbar cina,
berita yang lebih menarik ialah mogok umum yang dilancarkan oleh GLU (General
Labour Union) di Singapura. Mogok ini diilhamkan oleh PKM.
Terdapat dua
kumpulan politik cina – kiri dan kanan. Kumpulan kanan kebanyakannya terdiri
daripada ahli-ahli Kuomintang. Sikap mereka dalam kewarganegaraan lebih
kepada kerakyatan China. Tanah Melayu hanya negara kedua. Dua tokoh penting
kumpulan ini ialah Tan Kah Kiee dan Aw Boon Hwa. Kumpulan kiri yang
diketuai oleh PKM begitu kuat menentang Kertas Putih malayan union.
Satu perkara
yang tidak disenangi oleh PKM ialah tidak disebut pembentukan kerajaan
demokratik dan hak mengundi. Dalam pada itu, PKM bersetuju secara
keseluruhannya konsep Malayan. Walaupun perjuangan mereka untuk mewujudkan
negara merdeka komunis.
PKM menganggap
Kertas Putih sebagai rancangan penjajahan baru British. Ini diperteguhkan lagi
dengan pengekalan Singapura sebagai koloni. Aspek lain yang ditentang oleh PKM
ialah keahlian dewan undangan dan eksekutif yang tidak demokratik. PKM mahu
diadakan pemilihan umum .
Bantahan-bantahan
PKM dianggap oleh British sebagai percubaan awal untuk berjuang secara
perlembagaan. Slogan kerajaan demokratik hanyalah slogan untuk mencapai
kekuasaan. PKM memang berkeyakinan akan menang apabila pilihan raya diadakan.
Terdapat
kumpulan kecil dalam masyarakat cina yang mederate menerima Kertas Putih
Malayan Union dan mengkritik beberapa perkara saja. Kumpulan ini menubuhkan
Parti Berbilang Kaum iaitu MDU (malayan Demikratik Union) pada 21 Disember
1945. Kebanyakan tokohnya berpendidikan Inggeris. Bagaimanapun MDU akhirnya
dipengaruhi oleh komunis dengan kemasukan ahli-ahli PKM dalam parti ini. MDU
menuntut beberapa perkara :
I Kerajaan sendiri dalam lingkingan komanwel.
II Hak mengundi untuk semua rakyat yang berumur 21
tahun dan keatas .
III Pilihan raya bebas dan pembentukan Dewan
Undangan.
IV Persamaan hak untuk semua rakyat “malayan”.
V Kebebasan penuh untuk berucap, berhimpun dan
akhbar.
VI Reformasi pendidikan.
VII Meningkatkan taraf hidup rakyat.
RAKYAT ORANG
MELAYU
Semasa
Malayan Union hendak dilaksanakan keadaan di Tanah Melayu tegang. PKM
mendalangi beberapa tunjuk perasaan berhubung tuntutan gaji. Ketegangan dan
pergaduhan kaum juga berlaku di Johor, Melaka, Pahang, Kelantan, Kedah Perak
dan Terengganu. Rakyat Tanah Melayu juga sedang menghadapi masalah-masalah
kekurangan makanan. Dalam keadaan sebegini rancangan yang dianggap merugikan
rakyat melayu tentu mereka menentang.
(a) Akhbar-akhbar
Kertas Putih
Malayan Union dilihat dengan rasa takut, marah dan curiga. Berbanding dengan
akhbar-akhbar bukan melayu, akhbar-akhbar melayu menerbitkan laporan Reauter
tentang rancangan British untuk menubuhkan Malayan Union.
Akhbar-akhbar
melayu yang yang lantang menentang ialah Warta Negara (Pulau
Pinang), Majlis (Kuala Lumpur), dan Utusan Melayu(Singapura).
Akhbar-akhbar ini mendesak orang melayu mengadakan perhimpunan melayu seluruh
tanah melayu bagi merapatkan barisan menentang Malayan Union.
Akhbar juga
mahu orang melayu menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan Bersatu
Melayu. Akhbar berperanan menyiarkan berita-berita,komentar dan
rencana-rencana menentang Malayan Union tidak lain daripada menimbulkan
keburukan. Akhbar majlis pula menganggap orang melayu akan menjadi red indian
di Amerika Syarikat dan kaum asli di Australia.
(b) Sultan-sultan
Ada antara
sultan yang sudah mengatakan kebimbangan sejak misi MacMichael .Sultan Abu
Bakar (Pahang) menyerahkan memorandum kepada Mac Michael yang menyerahkan soal
imigresen, pelajaran untuk Orang Melayu, dan hak istimewa orang melayu. Yam
Tuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Empat juga melahirkan rasa tidak puas
hati kepada Mac Michael. Sultan Abdul Aziz (Perak) juga meminta kepentingan
orang melayu dipelihara.
Setelah
sultan-sultan menandatangani perjanjian dangan Mac Michael dan setelah bantahan
hebat orang melayu beberapa orang sultan telah membuat bantahan kepada kerajaan
British. Sultan Badlishah (Kedah) telah menghantar kawat kepada Setiausaha
Pejabat Tanah Jajahan. Baginda mengecam perjanjian baru dan cara Mac Michael
berunding dan mengugut.
Baginda
menganggap perjanjian yang ditandatangani tidak sah kerana dipaksa. Pada 30
Januari 1946, Sultan Abdul Aziz (Perak) menghantar protes kepada Lord Marchwood
dan Lord Elibank.Sultan-sultan telah bersatu secara tidak rasmi dibawah Sultan
Kedah Dan Perak.
Ekoran
daripada itu, sultan Kelantan, Selangor, Yam Tuan Besar Negeri Sembilan Dan
Raja Perlis juga menulis petisyen kepada kerajaan British. Bagi menunjukkan
perpaduan Sultan Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Yam Tuan Besar Negeri
Sembilan menghantar petisyen bersama kepada Hall. Sultan-sultan tidak membantah
dasar British tetapi mahu kepentingan orang Melayu dipelihara.
(c) Pertubuhan-pertubuhan Melayu
Pertubuhan-pertubuhan
Melayu yang wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua atau selepas British kembali
berkuasa telah menghantar petisyen bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan. Surat
bantahan yang panjang dihantar oleh Persatuan Melayu dari Kedah dan Perlis.
Selain
menghantar surat bantahan pertubuhan-pertubuhan Melayu juga melancarkan tunjuk
perasaan. Antara tunjuk perasaan yang terbesar dilakukan di Kota Bharu pada 15
Disember 1945. Tunjuk perasaan ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kelantan dan
disertai oleh 10ribu orang sebagai membantah kedatangan Mac Michael.
Persatuan
Melayu Kedah melancarkan tunjuk perasaan Alor Setar pada Januari 1946 dengan
disertai 50 ribu orang. Tunjuk perasaan dianjurkan sekali lagi pada bulan
berikutnya.Persatuan-persatuan Melayu bukan sahaja menentang Malayan Union
tetapi juga turut mengkritik sultan-sultan yang menandatangani perjanjian
Baru.
Persatuan
melayu di Johor mengkritik Sultan Ibrahim yang menandatangani perjanjian tanpa
persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Ini dianggap bertentangan dengan
perlembagaan negeri. Antara tokoh penentang di Johor termasuklah, Dato’ Abd.
Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. aAwang Hassan dan Dr. Hamzah Hj.
Taip.
Dalam jangka
waktu 1945-1948 terdapat beberapa kumpulan radikal melayu sama ada pro atau
anti-Malayan Union. Sekumpulan Melayu yang masih memperjuanglan gagasan
Indonesia/ Melayu Raya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
PKMM diilhamkan daripada Parti Nasionalisme Indonesia pimpinan Sukarno.
Dalam
kongres tahunan yang diadakan di Ipoh pada 30 November 1945, PKMM
menggariskan lapan garis perjuangan. Garis perjuangan PKMM selari dengan
PKM. Ini tidak menghairankan kerana Pengerusi PKMM iaitu Makhtaruddin Lasso
sememangnya aktivis komunis Indonesia. Anggota PKMM terdiri daripada
bekas ahli KMM dan KRIS. PKMM menyokong konsep ‘union’ yang dianggapnya lebih
radikal dan bersifat republik. PKMM menuntut kemerdekaan dan Dewan Perwakilan
yang dipilih. Parti ini menerbitkan akhbar Pelita Malaya danSuluh
Malaya.
PERPADUAN
MELAYU
Pada awalnya,
pertubuhan melayu tidak bersatu untuk menentang Malaya Union dan perpaduan
tidak menguntungkan ke arah pan Melayu Malaya. Editor akhbar Majlis, Mohd
Yunus Hamidi mencadangkan supaya Dato’ Onn Jaafar dilantik menjadi
pemimpin kongres Melayu Se-Malaya manakala beliau yang juga setiausaha
Persatuan Melayu Selangor ditugaskan untuk mengajak persatuan-persatuan lain
menerima Dato’ Onn.
Dato’ Onn
memulakan kempennya menentang Malayan Union di Johor menerusi pertubuhan
Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Akhbar Warta Negara mencadangkan
satu kongres Melayu diadakan bagi mengatasi masalah perpecahan
Melayu. Salah satu cadangan mengatasi masalah perpecahan dan ke arah
perpaduan, orang Melayu memerlukan kepimpinan yang kuat. Orang yang ditunjuk
untuk mengetuai orang Melayu ialah Dato’ Onn. Ini dicadangkan oleh editor
akhbar Majlis pada 12 Januari 1946.
Dato’ Onn
mencadangkan supaya Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Melaka kerana dianggap
tempat paling bersejarah. Namun ramai yang mencadangkan Kuala Lumpur sebagai
tempat persidangan kerana lebih sesuai dari segi kemudahan. Jawatankuasa
Kongres dipilih daripada Persatuan Melayu Selangor dan dipengerusikan oleh
Zaaba. Kongres Melayu Semenanjung diadakan pada 1 Mac 1946 selama 4 hari
di Kelab Sultan Sulaiman yang dipengerusikan oleh Hishamuddin. Seramai 200
orang perwakilan yang mewakili 41 pertubuhan yang hadir.
Kongres
menekankan dua perkara. Pertama, usaha menubuhkan Pergerakan Kebangsaan
Melayu dan Kedua ialah, kempen menentang Malayan Union. Semua
perwakilan bersetuju jika rancangan Malayan Union digagalkan maka
pembentukan organisasi kebangsaan yang berkesan diperlukan. Dan matlamat
ini akan hanya dicapai melalui perjuangan.
Dato’ Onn
telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres. Seorang perwakilan, Dato’ Hamzah
Abdullah mencadangkan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu”. Cadangan ini disokong
oleh Tuan Mohd Arus Lafaz dan meminta ditambah perkataan “Kebangsaan”. Kongres
bersetuju dengan nama “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau ringkasnya
PEKEMBAR. Bagaimanapun pertubuhan ini lebih dikenali sebagai UMNO. Sebuah
jawatankuasa dibentuk untuk merangka peraturan dan perlembagaan.
Apabila
Kongres kedua diadakan di Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei, penubuhan UMNO
diterima.Dato’ Onn dilantik sebagai presiden dan Panglima Bukit Gantang sebagai
Pemangku Setiausaha. Dalam kongres ini, enam resolusi diputuskan berhubung
dengan perlembagaan. Kongres telah menghantar telegraf kepada Perdana Menteri
Britain dan kumpulan-kumpulan yang bersimpati di England.Sehari sebelum Malayan
Union dirasmikan dan pelantikan gabenor, pemimpin-pemimpin kongres Melayu
mengadakan sidang tergempar dan merancang memboikot pelantikan gabenor.
Sultan-sultan
yang menginap di Hotel Stesyen, Kuala Lumpur untuk hadir di upacara rasmi
pelantikan gabenor didatangi oleh pemimpin-pemimpin kongresdan baginda-baginda
telah bersetuju untuk tidak hadir di upacara yang diadakan pada 1 April.
SOKONGAN
MELAYU
Kempen orang
Melayu menentang Malayan Union mendapat simpati daripada beberapa orang bekas
pegawai MCS yang penting. Banyak telegram dihantar kepada pegawai-pegawai
berkenaan untuk mendapat sokongan. Antara mereka yang bersimpati termasuklah
Frank Swettenham dan Richard Windstedt. Kedua-dua mereka berpendapat
pentadbiran Tanah Melayu sebelum peperangan telah memberi sumbangan yang
besar.
Oleh itu,
perubahan struktur yang terlalu besar tidak diperlukan. George Maxwell yang
mulanya menyokong Malayan Union kemudiannya menentang apabila detail tentangnya
dikeluarkan. Dua perkara yang tidak disenangi ialah soal kewarganegaraan dan
bentuk kesatuan.
Bantahan-bantahan
di London menyebabkan Pejabat Tanah Jajahan menjemput bekas-bekas pegawai untuk
berbincang. Mereka mewakili pro-Melayu, Cina dan berkecuali. Kuampulan
pro-Melayu lebih ramai dijemput termasuklah Laurence Guillemard, Andrew
Caldecott, R.O Winstedt, Sir Cecil Clementi, Frank Swettenham dan George
Maxwell.
TAMATNYA
MALAYAN UNION
Akibat
bantahan orang Melayu, kerajaan British menghantar Kapten L.D. Grammans dan Lt.
Col. D.R. Rees-Williams untuk meninjau keadaan di Tanah Melayu. Setiap tempat
yang mereka lawati disambut dengan tunjuk perasaan anti-Malayan Union. Kerajaan
British kemudiannya bersetuju berunding dengan wakil-wakil sultan dan UMNO
dalam usaha merangka satu persekutuan baru. Skim persekutuan yang dicadangkan menamatkan
Malayan Union.
2.2 PEMBENTUKKAN MALAYSIA
Pada fakta
awalnya, idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman dalam
satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar negeri Asia tenggara di
Singapura pada 27 Mei 1961. Idea itu kemudiannya berjaya
direalisasikan kemudiannya pada 16 september 1963.
Penggabungan 11 negeri di Tanah Melayu dan dua buah negeri di
Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Ini turut
menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta
Malaysia 1963 dan juga syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembangaan
terhadap Sabah, sarawak yang dikenali sebagai syarat 20 Perkara. Perjanjian
Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk
Malaysia yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu
padu untuk membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.
Namun begitu,
sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan telah
diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung
denagn syarat-yarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentingan
negeri-negeri Melayu termasuk Sabah, Sarawak yang pertama kali bergabung dengan
Malaysia
Peringkat
awal perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu
Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat
Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura pada bulan
Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari 1962, sebuah
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah mengeluarkan sebuah
memorandum yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan beberpa syarat am untuk
Persekutuan.
Sebuah
suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya
Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961.
Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank
England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd
Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta
Watherston bai mewakili kerajaan British.
Tujuan
penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan
Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum dari
pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.
Hasil
daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan
Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada
Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini
Telah menemui 4000 orang dan menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan
memorandum daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan
undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, lembaga
bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan
sebilangan besar orang ramai.
Majoriti
rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu
sebagai agama dan bahasa rasmi.
Suruhanjaya
Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada dijadikan
asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun, beberapa
pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-negeri baru ke
dalam Persekutuan. sehuibungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi
memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo terjamin.
Oleh itu,
negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan mereka untuk meyertai
Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu
jawatankuasa yang dikenali sebagai jawtankuasa Antara-Kerajaan atau
Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk menyusun
perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk Borneo Utara dan
Sarawak.
Jawatankuasa
ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak.
Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung
Jugah, seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu.
Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan,
undang-undang, perkhidmatan awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia
diwujudkan untuk mempertimbangkan hal ini.
Sementara
Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang munasabah
untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki Malaysia.
Tuntutan ini dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-syarat
Borneo Utara memesuki Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC
dan telah dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.
Tuntutan 20
Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
Tuntutan 20
Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO United
Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya adalah
soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai
Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain
Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan Bumiputeranya.
Perkara
satu - Agama -Di dalam tuntutan 20 perkara disebut:
" walau
pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi
tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan
untuk kebebsan agama."
Setiap orang
berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah
berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan
bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut
undang-undang. Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan
yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan
awam atau akhlak.
Bagi menjamin
kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan kewangan
kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga
diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo
iaitu Sabah dan Sarawak.
Perkara dua-
Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)
" bahasa
Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa Inggeris akan
terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa
Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik
pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya. ( 20
perkara-16) berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi
kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh
tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak.
Sementara itu
juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua
tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini,
telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan
dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan
sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan terutama di
Sarawak dan Sabah.
Perkata tiga-
Imigrasi
"
kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah
terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu
mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh
mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali
atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak
terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di
Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan
Persekutuan di Borneo Utara.
imigrasi
hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah
digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu,
seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh
negeri-negeri berkenaan.
Undang-undang
ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri
-negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak
terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di
Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan
di Borneo Utara.
Perkara ini
dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya
peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang
luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan
menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri
ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.
Perkara empat
- Pelajaran
" sistem
pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan
diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri."Pelajaran sebenarnya hendaklah
djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di
Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan
kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya.
Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut
sebelum mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk
kepentngan rakyatnya sendiri.
Perkara lima
- Perkhidmatan Awam
"
Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan
secepat mungkin"
Tuntutan 20
perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara
hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan
membuka peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama
kaum Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam
pemdidikan berbanding penduduk tempatan .
Dalam perkara
ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam
persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri,
pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan
pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam.
Selain
itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap
negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo,
pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat
untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan
keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.
Perkara enam–
Kerakyatan
"saranan-saranan
dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi
hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada
pindaan-pindaan berikut:
a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi
peruntukan menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita,
perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh
daripada
sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas
tahun"
c)
Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi
sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang
yang lahir di Borneo Utara selepas Malaysia mestilah
menjadi
warganegara persekutuan .
Berdasarkan
syarat kerakyatan yang dikemukakan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk
menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa
yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.
Perkara
tujuh- Dewan Undangan Persekutuan
" ini
hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga
saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada
Singapura."
Dalam perkara
pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke atas
bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut.
Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap
masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan
Negara.
Sebagai
tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi
kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah
ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara
Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara)
Perkara
lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.
"ketua
-ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi.
Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"
Perkara
sembilan– Kuasa Membuat Undang
Pembahagian
kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan
Malaysia:
Senarai 1 : Di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2 : Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi
negeri-negeri di
Borneo
Senarai 3 : Di bawah kuasa bersama
Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.
Pembahagian
kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan Persekutuandan
Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar, pertahanan,
keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan
pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan,
perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya
dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan
penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.
Sementara
Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-undang
Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan
negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang
termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa,
perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan bandar dan luar bandar,
pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air
dan pemulihan tanah-tanah lombong.
Perkara
sepuluh– Hak Keistemewaan Bumiputera
Pada
prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak
istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya
boleh digunakan untuk Borneo Utara.
Hak kedudukan
istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam
Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan
Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah
perkara 153.
Perkara
sebelas- Peraturan Dalam Masa Peralihan
"tempoh
peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan
hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak
sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan."
Perkara ini
dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan. tempoh
peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa
kerajaan Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan
peningkatan kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka
faham akan tangungjawab mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi
mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia.
Perkara dua
belas- Undang-undang masa Kini
"Undang
-undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkusakan
dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah dijalankan dan diteruskan
walau pun di dapati tidak sesuai dengn sebarang peruntukan dalam perlembagaan
sehingga diubah atau dibatalkan oleh kuasa tertentu."
Perkara ini
membincangkan tentang undang-undang Persekutuan yang dikuatkuasa di Borneo
Utara sebelum hari Malaysia di negeri -negeri tersebut hendaklah dijalankan
walupun diadapati tidak sesuai sehinggalah Perlembgaan diubah atau dipinda oleh
mana-mana kuasa tertentu.




