TOPIK 2 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Tuesday, September 8, 2015 | 11:30 PM | 0comments
DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu
diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang , adat atau
peraturan yang lazim dipakai .Perlembagaan
juga bersangkut paut dengan cara keputusan -keputusan awam dicapai dan kuasa
diagih-agihkan antara institusi kerajaan , sama ada di pusat ataupun
diperingkat tempatan .Perlembagaan
juga merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara . kewujudannya
adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara . selain itu , ia juga
berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak
pemerintah atau rakyat .
SEJARAH
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
Malaysia pertama kai dikenali sebagai perlembagaan tanah melayu hari
kemerdekaan dicapai . kemudian nama tu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan
Malaysia pada 16 september 1963 selepas pembentukan Malaysia
Pembentukan
Perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang . Ia
bermula dengan penguasaan british ke atas negeri perak , Selangor negeri
Sembilan dan Pahang juga dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Walau bagaimanapun
, bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan yang hebat daripada orang
melayu . Penentangan ini menyebabkan british memperkenalkan pula satu lagi
bentuk pentadbiran yang baharu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948 .
Hasil
daripada perjanjian ini , lahirlah satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu
yang berkuat kuasa pada 1 februari 1948 . Perlembagaan baharu itu dikenali
sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 .
Persidangan
tersebut telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England) , Sir Ivor Jennings (Uk),
Sir William Makell (Australia), B . Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan) .
Perlantikan
orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah
berat sebelah . Suruhanjaya reid telah mengadakan referendum dalam kalangan
semua penduduk tanah melayu termasuk orang awam , parti politik , badan awam
dan sebagainya . Akhirnya draf Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah
dibentuk pada 31 ogos 1957 .



