TOPIK 3 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN
Tuesday, September 8, 2015 | 11:31 PM | 0comments
KONSEP-KONSEP
ALAM HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK
Etnik
bermaksud satu kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang
hamper sama, sama ada dari aspek adat resam , Bahasa,pakaian atau kegiatan
ekonomi.Konsep etnik selalunya dikaitkan dengan konsep ras , bangsa dan kaum
walaupun pada hakikatnya ketiga-tiga tersebut mempunyai maksud yang
berbeza.Dalam hal ini, ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal atau
sifat-sifat yang berkaitan dengan biologi seperti keturunan dan perbazaan
darah.
Dalam konteks masyarakat Malaysia ,terdapat pelbagai kelompok dan etnik yang berlainan tetapi bernaung di bawah sistem politik yang sama.Dalam konteks Negara Malaysia dan juga perbincangan ini,kumpulan etnik merujuk kepada pelbagai kaum yang wujud di Negara ini seperti Melayu,Cina, dan India. Setiap etnik berbeza berdasarkan cirri budaya , kegiatan ekonomi , cara berpakaian ,pola keluarga , orientasi politik dan juga pandangan yang berbeza. Syed Husin Ali mendefinisikan etnik sebagai :
“ The term ‘ethnic’ is preferred here to ‘racial’ or ‘communal ’. To my mind, the term ‘ethnic group’ describes most appropriately not only the three major group but it also all the other component groups in the whole country ”
KAUM
/ETNIK UTAMA DI MALAYSIA
Semenanjung
Malaysia
|
Sarawak
|
Sabah
|
Melayu
|
Iban
|
Kadazan
|
Cina
|
Melanau
|
Bajau
|
India
|
Bidayuh
|
Murut
|
Sikh
|
Orang Ulu
|
Dusun
|
Thai
|
Bisaya
|
|
Orang Asli
|
Melayu
|
KONSEP-KONSEP
PENTING DALAM HUBUNGAN ETNIK
1. Prejudis
Pandangan
negatif terhadap kelompok etnik lain dan tidak berasaskan kepada maklumat yang
tepat dan tidak diluahkan secara terbuka
2. Streotaip
Kenyataan
umum yang negatif terhadap kumpulan etnik tertentu dan juga satu gambaran
berlebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.
3. Diskriminasi
Perbuatanmembeza-bezakan
seseorang individu atau kelompok etnik yang lain berasaskanciri-cirietnik.
4. Etnosentrik
Perasaan
kekitaan dalam kalangan kelompok tertentu .Wujud budaya yang menyatukan mereka
sama ada nilai , tingkah laku dan cara hidup.
5. Etnosentrisme
Perasaan
bangga dalam kalangan etnik tertentu bahawa budaya merekalah yang lebihbaik
daripada budaya lain.
6.Ras
Kelompok
sosial yang mempunyai tanda kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal atau
biological seperti warna kulit , rambut dan mata.
7.
Rasisme
Pandangan
sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yang lain berdasarkan
ciri-ciri fizikal.
8. Bangsa
Satu kumpulan
atau ras yang berkongsi sejarah ,tradisi dan budaya ,Bahasa serta kadang kala
agama.
TAHAP
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA : DARI SEGREGASI KE AMALGAMASI
a) Segregasi
b)
Akomodasi
c)
Akulturasi
d) Asimilasi
e)
amalgamasi
1. Segregasi
Pada
peringkat awal,ia memperlihatkan tahap hubungan antara kaum atau etnik di
Tanah Melayu yang bersifat terpisah. Pemisahan ini dapat dilihat semasa
penduduk British di Tanah Melayu dulu. Orang Melayu,Cina dan India hidup
terpisah kerana berbeza pekerjaan. Orang Melayu bekerja sebagai nelayan dan
petani , maka tempat tinggal mereka adalah di kampung-kampung pedalaman dan
pesisiran pantai . Orang Cina pula bekerja sebagai peniaga, pedagang serta
pelombong dan kebanyakan mereka tinggal di pinggir Bandar dan kawasan
Bandar.Orang India pula bekerja sebagai buruhdan penorehgetah dan tinggal di
kawasan estet dan ladang-ladang.
2. Akomodasi
Proses di
mana setiap etnik atau kaum menyedari norma dan nilai yang dimiliki oleh
etnik-etnik lain tetapi mereka tetap mempertahankan budaya dan nilai hidup
masing-masing. Dalamkonteks Negara Malaysia, masyarakat Melayu ,Cina,India
, Sikh dan lain-lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Formula bagi konsep akomodasi ini ialah A+B+C=A+B+C.
3. Akulturasi
Suatu proses
penerimaan untuk kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya
yang lain . Walaupun sesuatu kelompok atau budaya itu menerima unsur-unsur
budaya etnik lain, ia tidak menyebabkan kehilangan identiti asal kaum atau
etnik yang menerimanya .Keadaan ini dapat dilihat dari segi makanan, pakaian
dan segalanya.
4. Asimilasi
Proses
percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk
sesuatu budaya dan identiti yang sama . Proses ini bermakna kumpulan budaya
sesuatu kaum atau etnik minoriti menerima budaya kumpulan etnik yang dominan .
Dengan kata lain asimilasi berlaku apabila
a) Etnik yang mempunyai budaya yang berbeza
b) Etnik-etnik tersebut sentiasa berinteraksi
c) Interaksi etnik berlaku dalam tempoh yang agak lama.
5. Amalgamasi
Satu proses
yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan rasa
yang baru. Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campuran antara etnik atau
kaum.

