TOPIK 5 : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
Thursday, September 10, 2015 | 8:53 PM | 0comments
5.1 Dasar Malaysia Tentang Hal Ehwal Serantau Dan Dunia
Pendahuluan
Kesemua
Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan dasar luar
hubunganya dengan Negara lain. Bagi Malaysia,amat penting agar usaha serta
langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan serta
kemakmuran Negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus
berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat
meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan
semata-mata bahkan melibatakn juaga kegiatan ekonomi Negara.
Menyedari
betapa pentingnya Negara terus maju dan produktif,kerajaan mengamalkan dasar
ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Sektor pembuatan merupakn tunggak
utama ekonomi Negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk
dieksport. Sebagai sebuah Negara dagang,Malaysia perlu menjalin hubungan baik
dengan dunia luar.
Kedaulatan
Negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Oleh
itu,pengendalian dasar luar Negara perlulah bercerminkan keadaaan yang
sedemikian rupa. Justeru,Malaysia lantang menyuarakan idea di persada
antarabangsa. Malaysai juga berkerjasama dengan Negara-negara dunia lain dalam
usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan kepentingan Negara.
Objektif Dasar Luar Negara
Secara ringkas, Objektif-objektif dasar luar Negara antara
lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di
arena antarabangsa. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan
kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik,ekonomi keselamatan dan
sosial pada peringkat antarabangsa. Mempertahankan dan memajukan hak
kepentingan dan inspirasi Malaysia dalam semua bidang. Memupuk hubungan baik
serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.
Peranan Kementerian Luar Negeri
Kementerian
luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab
untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara asing. Ini
merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik,hal ehwal
keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Kementerian ini
dipertanggungjawabkan untuk menepati objektif-objektif tersebut,menguruskan
hubungan dua hala,hubungan serantau dan pelbagai hala dengan Negara-negara
asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang
politik,ekonomi dan kebudayaan. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan
Negara-negara asing. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk
perkhidmatan,pentadbiran am,kewangan,kaunselor,keselamatan dan komunikasi.
Misi
kementerian luar negeri adalah melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia
dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama
melalui amalan diplomasi proaktif.
5.1.1 Peranan ASEAN
ASEAN
telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk
Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan
ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul
Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai,
Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar
Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama
dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan
Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah
berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya
melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah
Negara.
Pada
tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei
Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar
pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir
telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu
menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia
Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan
keselamatan serantau.
Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk
meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal
penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak
menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama
dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada
komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada
tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah
dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara
ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia
pada bulan Februari 1976.
Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah
berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan
dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua
kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti
usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain
daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN
sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti
pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN
terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.
Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana
menteri, beliau telah menggariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi
meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan supaya dapat
menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak ASEAN di
Laos tak lama dulu. Tiga pendekatan itu adalah menruskan integrasi ekonomi
secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan Negara-negara rakan dagang,
mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.
5.1.2 Peranan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)
Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H)
bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika
memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis.
Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah
pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam
segenap bidang di seluruh dunia.
Matlamat
utama OIC adalah untuk menggalakkan keeratan antara ahli
negara-negara Islam bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli
dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain bagi
berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang
kolonial dalam semua bentuk dan untuk menyokong semua Muslim dalam usaha
mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara
jurang perbezaan budaya dunia.
Peranan Malaysia dalam OIC
Tunku
Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga menjadi
perantara menyelesaikan perang Iran-Iraq.Sumbangan Malysia seperti memberi
sokongan kepada Palestin dalam perjuangan menentang Israel. Malaysia diberi
kepercayaan menjadi tuan rumah persidangan OIC. Menganjurkan persidangan menentang
pengganas di kalangan negara Islam. Memberi tawaran biasiswa kepada pelajar OIC
untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mengesyorkan
penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan.
Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam sangat berguna bagi
melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC memberikan
bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Malaysia mendapat penghormatan
daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan
kebajikan negara-negara Islam.
5.1.3 Peranan KOMENWEL
Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMENWEL)
Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931. Pertubuhan
ini dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Anggota
pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun.
Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala beribu
pejabat ditubuhkan di London.Pertubuhan ini dapat membina semangat
setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Selepas merdeka,
negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara
menyekat perjuangan PKM. Secara rasminya, perjanjian pertahanan dengan Britain,
Australia dan New Zealand, Negara-negara ini menjanjikan bantuan jika diserang
oleh mana-mana pihak. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara
maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi
barang Malaysia. Dengan adanya skim ini, cukai barangan Malaysia akan
direndahkan dan secara tidak lansung akan meningkatkan persaingan barangan
Malaysia dengan barangan Negara lain di pasaran luar.
5.1.4 Peranan NAM
Matlamat
NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. Nam Tidak menyokong blok barat atau
blok komunis. Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah
Negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui
perundingan dan persefahaman.
Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan negara sedang membangun.
Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan negara sedang membangun.
Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga
melaksanakan kerjasama ekonomi. Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika
dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada bulan
Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia
kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114
buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB).
Peranan Malaysia Dalam NAM
Dalam
Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul
bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun. Mereka
membincangkan isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika.
Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988, Malaysia mengemukakan
cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Malaysia diberi
penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade.
Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama
politik negara anggota.
Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang
ke -13 pada tahun 2003.Antara sumbangan yang terbesar Malaysia
sumbangkan ialah membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke
dalam NAM. Deklarasi Kuala Lumpur menegaskan tentang usaha menghidupkan
NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika
Syarikat terhadap Iraq.
5.1.5 Peranan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pertubuhan
ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945. Ibu pejabat terletak di
San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada peringkat
awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai. Pada tahun 2002,
anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 189 buah anggota.Malaysia
menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan. Negara
anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang
menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
Malaysia
juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDTT, iaitu agens antarabangsa yang
ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Selain memberikan pandangan,
cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, Malaysia juga terlibat dalam
melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengama di Congo (1961),
Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990). Kemasukan Malaysia
ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu
penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran
makanan, manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan Negara.
5.2 Konsep
Pembangunan Dan Alam Sekitar
5.2.1 Menjelaskan
Konsep Pencemaran Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pendahuluan
Alam
sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan
pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang. Beberapa mekanisme
institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan
memulihara sumber asli melalui berbagai program Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED).
Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan
pemuliharaan alam sekitar.
Malaysia
mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi
memastikan pembangunan yang mantap,mekanisme ekonomi yang positif dilaksanakan.
Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan
adil. Langkah-langkah ini menggalakkan sektor swasta menerima pakai dan
membangunkan teknologi bercirikan kecemerlangan kualiti alam sekitar.Tegasnya
pembangunan dan diteruskan tanpa mencemar kualiti alam sekitar.
Kelemahan-kelemahan
seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang
jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran dan kemerosotan kualiti alam
sekitar seperti hakisan tanah,pencemaran air dan udara.
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar
Pencemaran
dan kemrosotan kualiti alam sekitar akan menyebabakan kesan yang negative bukan
sahaja terhadap kesihatan mausia tetapi juga kemajuan ekonomi Negara.
Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan
dan kajian dalam dan luar Negara. Dalam beberapa penyelidikan di abad ni
pengkaji mendapati bahawa jika manusia tidak menjaga dan memulihara alam
sekitar bagi mengelakkan kesan-kesan negatif, kualiti kehidupan manusia akan
merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya, Ini kerana walaupun kemajuan
fizikal dipertingkatkan namun akibat kelalaian, kerakusan dan sifat suka
membelakangkan undang-undang, manusia akan hilang sedikit demi sedikit nikmat
alam yang indah dan udara yang bersih. Umumnya, jika keadaaa demikian
berterusan, makhluk di bumi ini akan terus mengalami kesan-kesan buruk, seperti
pencemaran alam sekitar.
5.3 Konsep
Pembangunan Insan
5.3.1 Sistem
Pendidikan
Sistem pendidikan di Negara ini telah wujud sejak zaman
kegemilangan Empayar Melaka. Dengan kedatangan agama Islam ke Melaka pada abad
ke-15, pendidikan zaman ini adalah berteraskan ajaran Islam. Perkara asas yang
telah diajar ialah membaca Al-Quran dan kitab-kitab tentang agama Islam.
Pendidikan agama ini dilaksanakan di surau-surau dan juga di madrasah. Bertitik
tolak dari pendidikan awal ini maka lahirlah sistem pendidikan pondok di mana
para pelajar yang mendalami ilmu agama tinggal di pondok (rumah kecil). Guru
agama atau para ulama akan datang ke pondok-pondok ini untuk mengajar
murid-murid mereka. Mata pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru agama ini
adalah ilmu Tauhid, Fiqh, Hadis, Nahu Saraf dan Tasauf. Bahasa Arab dan juga
menulis jawi telah diajar di sekolah pondok. Pada tahun 1511, selepas Portugis
menawan Melaka, pendidikan berasaskan agam Kristian mazhab Roman Katholik telah
diperkenalkan oleh Pihak Portugis.
Apabila
Melaka jatuh ke tangan Belanda, mereka memperkenalkan pula ajaran Kristian
mazhab Protestan. Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah
Melayu apabila Negara ini dikuasai oleh British. Pada zaman pemerintahan British
adalah tidak seimbang dan menerusi sistem ini mereka telah mewujudkan empat
jenis persekolahan iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris, Sekolah Cina, dan
Sekolah Tamil.
Perkembangan Sekolah Inggeris
Sekolah-sekolah
Inggeris yang terawal telah dibuka dan ditadbirkan oleh mubaligh-mubaligh
Kristian, iaitu Mazhab Angilican, Roman Katolik, dan Methodist. Sekolah
Inggeris yang pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School. Sekolah ini
telah didirikan pada tahun 1816 oleh Rev. R.S.Hutchings , seorang mubaligh
Kristian Angilican di Pulau Pinang. Bermula dari sekolah rendah dan telah
dinaik taraf pada tahun 1920-an kepada sekolah menengah. Sekolah ini dinamakan
“Free” kerana ia menerima pelajar-pelajar dari semua bangsa dan agama. Pada
tahun 1862, Melaka Free School telah didirikan manakala pada tahun 1834,
Singapore Free School pula telah didirikan. Pada tahun 1863, sekolah ini telah
ditukar namanya kepada Raffles Institution.
Sebuah
sekolah Inggeris khusus untuk keluarga Diraja dan pembesar-pembesar negeri
telah dibina pada tahun 1890 dan dinamakan Sekolah Raja. Mata pelajaranya
adalah berteraskan sistem pendidikan di Britian.Apabila Victoria Institution
dibuka pada tahun 1893 maka Sekolah Raja telah ditutup pada tahun berikutnya
iaitu pada tahun 1894.
Sekolah Mubaligh
Penglibatan
mubaligh-mubaligh Kristian dalam sistem pendidikan di Negara ini telah bermula
dari zaman penjajahan Portugis di Melaka. Selepas Tanah Melayu jatuh ke tangan
British, golongan mubaligh telah memainkan peranan utama dalam perkembangan
sistem pendidikan di Negara ini. Mereka terdiri dari golongan Anglican, Roman
Katolik dan Methodist. Selain dari Free School, mubaligh Anglican juga telah
mendirikan Bukit Bintang Girl School dan St.Mary. Pada tahun 1897, mubaligh
Methodist telah mendirikan Sekolah Anglo-Tamil di Kuala Lumpur. Sekolah ini
kemudianya telah ditukar nama kepada Methodist Boys School.
Manakala
sekolah Cina yang ditadbir oleh mubaligh Methodist dikenali sebagai
Anglo-Chinese School (ACS). Sekolah-sekolah ini telah dibuka di Kapar, Teluk
Intan, Setiawan, Klang dan Seremban. Mubaligh Roman Katolik pula terkenal
dengan penubuhan sekolah-sekolah Convent untuk murid-murid perempuan dan Sekolah
Saint untuk murid-murid lelaki. Sekolah-sekolah mubaligh yang ditadbirkan oleh
agama Kristian mempunyai ciri-ciri iaitu untuk mengembangkan agama Kristian dan
ilmu Bahasa pengantar, mendapat bantuan dan sokongan daripada Kerajaan British,
Melayu seramai 2090 orang dan mewajibkan murid-murid bukan beragama Islam
mengikuti pelajaran agama Kristian.
Pada
keseluruhanya orang Melayu tidak berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah mubaligh. Mereka curiga bahawa anak-anak mereka akan dipengaruhi oleh
agama tersebut.
Perkembangan Sekolah Cina
Perkembangan
dan kemajuan sekolah-sekolah cina di Tanah Melayu adalah dibiaya oleh
masyarakat cina sendiri. Kerajaan British tidak menghulurkan apa-apa bantuan
dalam perkembangan sistem pendidikan . Sekolah-Sekolah ini menggunakan dialek
kaum masing-masing iaitu Kantonis, Hokkien, Hakka dan lain-lain. Sistem
pendidikan aliran Cina ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Sekolah Rendah
yang meliputi tempoh enam tahun, Sekolah Menengah Rendah (Junior Middle Three)
meliputi tempoh tiga tahun dan juga Sekolah Menengah Atas (Senior Middle Three)
meliputi tempoh tiga tahun.
Sekolah
Menengah Cina yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah di Singapura.
Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1913. Pada tahun 1920, penggunaan Bahasa
Mandarin atau Kuo Yu dilaksanakan. Bantuan kewangan, membina sekolah dan
melantik nazir sekolah telah dilaksanakan oleh Kerajaan British bagi mengawal
mutu pendidikan sekolah-sekolah Cina. Pada tahun 1920, Kerajaan British telah
meluluskan Enakmen Pendaftaran sekolah-sekolah Cina. Bagi mengawal perkembangan
Sekolah Cina, Kerajaan British telah mengambil langkah memperkenalkan Bahasa
Inggeris, Bahasa Melayu dan sukatan pelajaran baru yang bercirikan tempatan.
Perkembangan Sekolah Tamil
Sekolah-sekolah
Tamil telah didirikan oelh pemilik-pemilik lading itu sendiri. Sekolah Tamil
terawal telah didrikan di Pulau Pinang pada tahun 1816. Sekolah ini ditutup
kerana tidak mendapat sambutan. Pada tahun 1850, sekolah Anglo Tamil telah
didrikan di Melaka tetapi hanya bertahan selama sepuluh tahun. Pada tahun 1859,
sebuah lagi Sekolah Tamil iaitu Sekolah ST. Francis Xavier Malabar telah dibuka
di Singapura.
Mereka
menamatakan pelajaran di peringkat rendah dan bekerja sebagai buruh di
estet-estet. Pada tahun 1911, Kerajaan British telah menguatkuasakan
Undang-undang Buruh. Pada tahun 1914, sekolah-sekolah Tamil telah didirikan di
kawasan perbandaran yang mempunyai ramai penduduk kaum India. Sekolah Tamil
Vivekananda adalah salah satu sekolah yang terkenal di Kuala Lumpur. Pada tahun
1930, nazir sekolah Tamil diwujudkan dan latihan untuk guru-guru Tamil yang
diadakan bagi mengatasi kekurangan guru yang terlatih. Di sekolah, menggunakan
Bahasa Tamil, Malayalam dan Telegu. Sekolah Tamil di Negara ini hanya terhad
kepada peringakat rendah sahaja.
Pendidikan Teknik dan Vokasional
Sejak
awal abad ke-20,Kerajaan British telah memberi perhatian ke atas pendidikan
Vokasional kepada Ornag Melayu. Pada tahun1900, pihak penjajah telah
menjalankan kegiatan kemahiran kraftangan Melayu di Kuala Lumpur. Orang Melayu
yang mahir dalam seni mengayam, menyulam dan mengukir telah diambil untuk
mengajar sei kemahirn ini di sekolah-sekolah Melayu yag berhampiran dengan
Kuala Lumpur. Pada tahun 1902, Sekolah Seni Tanah Melayu telah didirikan di
Perak. Ini diikuti pula dengan penubuhan Sekolah Pertukangan, Sekolah membaiki
enjin dan motor serta jahit-menjahit. Sekolah-sekolah ini telah dibuka di Kuala
Lumpur, Perak, Johor dan Melaka.
Pada
tahun 1905, Sekolah Teknik Treacher telah didirikan di Kuala Lumpur bagi
melatih pembantu teknik untuk bertugas dengan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur
dan Kereta Api Tanah Melayu. Pada tahun 1923, sebuah pusat latihan pertanian
telah ditubuhkan.Pada tahun 1972, pust latihan pertanian ini menjadi Universiti
Teknologi Malaysia.
Pada
tahun 1905, pusat pengajian tinggi bidang perubatan telah didirikan di
Singapura oleh Kerajaan British oleh desakan rakyat Tanah Melayu. Pusat ini
dinamakan sekolah perubatan King Edward VII. Sekolah ini telah ditukar kepada
kolej perubatan King Edward VII. Pada tahun 1929, Kerajaan British telah
menubuhkan Raffles Collage di Singapura. Pada tahun 1949, pembentukan
Universiti Malaya yang bertempat di Singapura atas gabungan Raffles Collage dan
Kolej Perubatan King Edward VII.
Sistem Pendidikan di Sarawak
Masyarakat
di bumi Sarawak yang terdiri dari suku kaum Iban, Kelabit dan Melanau mempunyai
pendidikan turun-temurun meliputi kemahiran bercucuk tanam, memburu, bertukang,
kraf tangan dan adat resam. Masyarakat Melayu pula mendidik anak-anak mereka
dengan didikan Agama Islam di sekolah-sekolah Agama. Pada zaman pemerintahan
Raja Brooke, sistem pendidikan di negeri ini telah dijalankan oleh tiga
golongan iaitu mubaligh Kristian, Kerajaan Brooke dan Masyarakat Cina.
Pada
tahun 1883, Mubaligh Kristian, Katolik telah mendirikan sekolah di Kuching dan
Kanawit manakala mubaligh Angilican telah mendirikan sekolah di Sibu dan juga
di Kuching. Semua sekolah ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.
Sekolah-sekolah
Cina pula berkembang selepas Revolusi Cina pada tahun 1911. Kebanyakkan Sekolah
Cina dibiayai oleh pendagang-pendagang Cina. Pada tahun 1940, Sekolah Kerajaan
yang pertama untuk Kau Iban telah didirikan. Pada awal tahun1941,
sebuah Maktab Peguruan Melayu tekal didirikan di Negeri Sarawak.
Sistem Pendidikan Di Sabah
Masyarakat
Islam, mereka diberi didirikan agama dengan mengaji Al-Quran dan belajar
tulisan jawi.Manakala masyarakat Dusun dan suku kaum lain, mereka telah diberi
pendidikan mengenai adat resam nenek moyang mereka. Pada tahun 1881, mubaligh
Roman Katolik telah mendirikan sekolah di Papar. Pada tahun 1883, sebuah
sekolah lagi telah didirikan di Sandakan, iaitu Sekolah Rendah St.Mary. Pada
tahun 1888, Mubaligh Protestan pula mendirikan sekolah di Sandakan, iaitu
mendirikan Sekolah Convent untuk murid-murid perempuan di Sandakan.
Kebanyakan
sekolah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar. Di samping Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Dusun juga telah digunakan. Sebuah sekolah
kebanggsaan aliran Cina telah didirikan di Jesselton. Sebuah sekolah Cina
swasta telah dibina di Ladang Getah, Tawau. Sekolah ini menggunakan Bahasa
jepun sebagai Bahasa pengantarnya.
Memperkasa Pembangunan Modal Insan
Sebenarnya
modal insan yan berkualiti merupakan factor penting dalam memastikan Negara
mencapai Negara maju pada masa depan. Oleh itu, untuk memperkasa modal insan
ini, kerajaan merencanakan agar aspek pendidikan diberi penekanan yang lebih.
Dalam hal ini, beberapa langkah telah dijalankan antaraya adalah:
Memperkasa Sekolah Rendah Menengah
Bagi
memastikan pembangunan pendidikan mencapai objektifnya, pihak kerajaan melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan peruntukan yang besar
untuk pembangunan pendidikan. Sejumlah RM30 Billion telah diperuntukkan melalui
pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Peruntukan ini digunakan
untuk pembangunan program sekolah cemerlang memartabatkan profesion penguruan
dan merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dengan luar Bandar. Untuk
meningkatkan mutu dan kualiti sekolah-sekolah di Malaysia, sebanyak 60 buah
sekolah kluster telah diwujudkan pada tahun 2008. Untuk itu juga sebanyak RM500
ribu akan diberikan kepada setiap sebuah sekolah kluster bagi membangunkan
kegiatan kokurikulum, latiha serta pembelian peralatan untuk pembelajaran.
Pendidikan untuk Semua
Tidak
dinafikan bahawa pendidikan ialah hak semua individu. Hal ini bermakna, setiap
orang perlu mendapat hak ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan sesebuah Negara untuk menyediakan
kemudahan pendidikan kepada rakyatnya.
Perkara
terbaru yang diusahakan oleh kerajaan pada masa ini adalah untuk memansuhkan
yuran di sekolah rendah dan menengah. Begitu juga Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT) akan diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira pendapatan isi rumah
dan bilangan anak yang layak. Dengan adanya perbaharuan seperti ini, pendidikan
di Malaysia kini sudah serratus peratus percuma sifatnya. Selain itu, para
pelajar juga diseur agar bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, badan
beruniform, persatuan atau kelab di sekolah yang bertujuan membentuk sifat
kepimipinan dan sahsiah pelajar.
Memartabatkan Profesion Keguruan
Tidak
dinafikan bahawa guru merupakan insan terbilang kerana perananya yang besar
dalam mendidik anak bangsa hingga ke menara gading. Tanpa guru siapalah kita,
tidak kiralah seseorang itu seorang jurutera, ahli ekonomi, penganalisis
politik, ahli korporat, pengarah syarikat dan sebagainya. Pada asalnya mereka
lahir atas didikan daripada seorang insan yang bergelar guru.
Menyedari
pentingnya peranan guru dalam pembangunan bangsa dan Negara, pihak kerajaan
telah melaksanakan beberapa langkah bagi memertabatkan lagi profession
perguruan. Antara langkkah tersebut adalah meningkatka elaun guru pendidikan
khas daripada RM 100 kepada RM 250 ringgit sebulan, menaikkan kadar elaun guru
ganti berkelulusan ijazah daripada RM 85 kepada RM 150 ringgit sehari,
menyediakan elaun sebanyak RM 60 sejam bagi lepasan ijazah dan RM 50 sejam bagi
lepasan diploma bagi guru yang mengajar Bahasa Cina dan Tamil dalam sekolah
kebangsaan.
Manakala
guru-guru yang telah bersara juga tidak dilupakan oleh pihak kerajaan. Hal ini
memandangkan pengetahuan dan pengalaman mereka wajar dimanfaatkan. Untuk itu,
guru-guru yang bersara ini akan diamabil semula untuk berkhidmat sebagai guru
ganti dan tenaga pengajar untuk guru pelatih.
Memantapkan Pengajian Tinggi
Institusi
Pengajian Tinggi di Malaysia bukan sahaja menyediakan pendidikan tinggi kepada
anak-anak tempatan malahan juga kepada pelajar-pelajar dari luar Negara.
Situasi ini menunjukkan sistem pendidikan tinggi di Malaysia telah mendapat
pengiktirafan daripada pihak luar. Ekoran daripada ini, usaha telah dibuat bagi
memartabatkan mutu sistem pendidikan di Negara ini.
Pada
27 Ogos 2008,Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan bagi
mentranformasi sektor pengajian tinggi di Negara ini. Tujuanya adalah untuk
melahirkan modal insan kelas pertama serta membangunkan Instisusi Pendidikan
Tinggi bertaraf dunia. Justeru, sebanyak RM12 Billion diperuntukkan bagi
melaksanakan pelbagai projek dan program. Antara program tersebut adalah
meningkatkan aktiviti penyelidikan,pembangunan dan pengkomersosialkan di empat
buah Universiti Penyelidikan, meningkatkan peruntukan kepada Universiti
Teknologi Mara bagi mencapai sasaran 200,000
mahasiswa menjelang tahun 2010, menaik taraf serta
memperluas Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti
Pertahanan, menjenamakan semula Kolej Komuniti melalui penyediaan kursus pada
peringkat diploma, menubuhkan kolej komuniti baharu dan menggiatkan kolaborasi
dengan syarikat swasta.
Menaikkan Kadar Biasiswa
Dewasa
ini, ramai yang menyedari bahawa kos sara hidup semakin meningkat terutamanya
di kawasan Bandar. Begitu juga dengan kos sara hidup pelajar sama ada yang
belajar di dalam atau luar Negara. Untuk itu, pihak kerajaan telah menaikkan
elaun sara hidup pelajardi semua peringkat pengajian tinggi termasuk kursus
persediaan dan kursus Bahasa. Peningkatan elaun ini adalah antara 23 hingga 84
peratus dan kadar baharu ini berkuatkuasa mulai semester pertama sesi 2007.
Kerajaan juga akan meningkatakan elaun sara hidup bagi pelajar-pelajar yang
belajar di New Zealand, Australia, Mesir dan Korea Selatan.

